Bagian Badan | Firasat |
bibir atas kanan | banyak rezeki, pandai |
bibir atas kiri | ramai kawan, baik hati |
bibir bawah kanan | disegani orang, ramai yg suka |
bibir bawah kiri | pandai bicara, tak mudah kalah |
leher kanan | cerdas, jujur, berani menderita |
leher kiri | cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan |
leher di tengah | tercapai cita-cita |
biji mata kanan | suka serong dan pembohong |
biji mata kiri | pembohong tetapi baik hati |
hujung mata kanan | baik hati, sopan santun, cerdas |
hujung mata kiri | baik budi, murah rezeki |
punggung kanan | agak mengalami kesulitan |
punggung kiri | malas dan suka duduk |
betis kanan | suka berhibur, boros |
betis kiri | rajin,tidak suka menganggur |
lutut kanan | bersikap tidak peduli dan tak mahu berusaha |
lutt kiri | kurang kuat berusaha |
kepala sebelah kanan | terkabul cita-cita |
kepala sebelah kiri | sering menemui kesusahan |
kepala sebelah belakang | jujur, sabar dan tekun |
kening kanan | cerdas dan cekap |
kening kiri | cerdas, sopan santun |
tengah kening | keras hati, berani segala hal |
hujung mulut kanan | kecil rezeki, tak mudah kalah |
hujung mulut kiri | suka berpoya-poya |
ketiak kanan | dapat menyimpan rahsia |
ketiak kiri | jujur, banyak yang cinta |
pergelangan kaki kanan | suka berpergian (keluar rumah) |
pergelangan kaki kiri | kehendak kuat |
batang hidung | banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya |
pada hidung | banyak rezeki |
dagu bawah kanan | jujur dan baik hati |
dagu bawah kiri | bijak sana dan berbudi luhur |
kemaluan kanan atau kiri | baik, suka senggama |
di kepala kemaluan (lelaki) | bakal beristeri 2 |
tumit kanan | jujur dan banyak kawan |
tumit kiri | baik budi |
alis kanan | suka menolong, baik hati |
alis kiri | ramai yang suka |
pangkal peha kanan | kemahuan kuat |
pangkal peha kiri | suka kerja apa pun |
telapak kaki kanan | tak mudah mengeluh |
jari kaki kanan | suka menolong |
jari kaki kiri | berbudi, suka berbuat baik |
bahu kanan | cermat dlm membuat keputusan, banyak tanggungan |
bahu kiri | suka kerja keras, banyak tanggungjawab |
buah dada kanan | baik hati, pendiam,simpan rahsia |
buah dada kiri | ramai kawan, setia pada pasangan |
lengan kanan | setia dan taat pada atasan |
lengan kiri | menepati janji dan rajin |
pipi kanan | ramai teman |
tengah-tengah pipi kanan | ramai yg suka |
tengah-tengah pipi kiri | ramai teman |
ubun-ubun | kurang jujur |
pusat | cerdas, tangkas, tekun |
pusat bahagian kanan | sejahtera dalam hidup |
pusat bahagian kiri | beroleh kemliaan |
pinggang kanan | sayang pada pasangan hidup |
pinggang kiri | disayang pasangan hidup |
dada kanan | dapat mengatasi masalah |
dada kiri | berani, jujur dan sabar |
telapak kaki kanan | tidak mudah mengeluh |
telapak kaki kiri | baik budi pekertinya |
siku tangan kanan | kuat ingin memiliki kekayaan |
siku tangan kiri | baik hati, suka menolong |
jari tangan kanan | serba beroleh keuntungan |
jari tangan kiri | serba baik bekerja |
jari telapak tangan kanan | banyak rezeki tapi boros |
jari telapak tangan kiri | banyak rezeki dan cermat |
perut bawah kanan | banyak rezeki, suka memberi maaf |
perut bawah kiri | baik hati, tenang hidupnya |
sudut mata kanan dalam | disayang suami atau isteri |
sudut mata kiri dalam | tidak mudah dilupakan pasangan |
sudut mata kanan luar | baik budi, ramai yg cinta |
pelipis kiri | murah rezeki, dpt jadi kaya |
pelipis kanan | serba berhasil dalam usaha |
kelopak mata kanan atas | baik hati, ramah, berjaya |
kelopak mata kiri atas | baik budi, ramai yg suka |
kelopak mata kanan bawah | agak malas |
kelopak mata kiri bawah | agak bodoh, kurang bijaksana |
Thursday, July 2, 2009
Rahsia tahi lalat
Masyarakat pada zaman dahulu mengenalseseorang dgn melihat tanda pada badannya.Diturunkan di sini firasat tentang tahi lalat. Sejauhmana kebenarannya tidaklah diketahui dgn jelas. Namun begitu,ia biasa diajarkan di kalangan Masyarakat Melayu.Hanyalah sekadar menambah pengetahuan.
Dari pada Arpah
Wednesday, July 1, 2009
ana_muslim1992
Daya magnet dalam fikiran beremosi Tahukah anda apabila anda membenci seseorang, anda sebenarnya telah pun menarik kebencian orang itu terhadap anda. Fikiran yang beremosi ada daya tarikan bagaikan magnet yang akan menarik sebarang pemikiran yang sealiran. Sebagaimana gelombang minda tadi, kebencian akan terhasil dalam bentuk gelombang-gelombang negatif yang mengembara dan akhirnya sampai kepada orang yang anda benci itu. Oleh itu, seseorang yang menjadikan imaginasinya sebagai salah satu laluan untuk kejayaan tidak boleh berfikiran negatif. Dia kena berfikiran positif supaya pemikiran yang sama akan dipulangkan kepadanya
Kisah Pengemis Dengan Isteri Cun
Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan. Diruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. "Tolonglah Encik, saya lapar, sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi." Dengan muka bengis, si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu. Dalam hatinya berkata "Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain, tapi untuk diri dan keluargaku." Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.
Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isterinya yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain. Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan. Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkup muka sambil menangis.
Si isteri mengadu, si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorang pengemis . Suami yang baru itu menjawab dengan tenang: "Demi ALLAH, akulah pengemis yang dihalau dan ditengking itu .
Rasulullah SAW bersabda: ''Sedekah itu dapat menutup 70 ribu kejahatan''.
Anas Malik pula meriwayatkan bahawa NABI MUHAMMAD SAW ada bersabda yang bermaksud: "Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dia dengan kekayaanmu. Barang siapa yang mempunyai ilmu, maka sedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga bersedekahlah dengan tenaganya".
p/s: CERITA INI MEMBERI PENGAJARAN BAHAWA HIDUP KITA SEPERTI PUTARAN RODA DAN TIDAK SELALUNYA KITA BERADA DI ATAS. ADA MASA DAN KETIKANYA KITA AKAN TURUN PULA KE BAWAH.

dr
Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus
Subscribe to:
Posts (Atom)