Monday, December 27, 2010

Fikirkan

Adakah kita terfikir,bagaimana mulia & bersihnya hati Nabi kita, tetap senyum bila dibenci, tetap tenang bila dimusuhi, tetap membantu walau disakiti, tetap menyeru walau diusir pergi, tetap merendah diri walau seorang yang mulianya hati, tetap tawadhu' walau selalu dipuji, tetap hidup bersederhana dan biasa walau diri sebenarnya insan yang teragung kekasih Ilahi..Namun kenapa kita mudah membenci bila dikasari, mudah berputus asa bila sesuatu yang dilakukan tak menjadi, mudah kecewa bila orang lain tak memahami, mudah terguris hati bila ditegur dan dinasihati, mudah berbesar diri dan berbangga hati bila dipuji dan dimuliakan orang kerana personaliti yg baik dan 'alim pd diri..~

thanks
hankypankyhullabaloo

Friday, December 17, 2010

Jawapan mudah yang boleh membawa kepada syirik

Dari kawan kepada kawan-kawan yang lain
(petikan dari kiriman lanjut e-mail seorang hamba Allah)

Hidup di kalangan masyarakat majmuk kebanyakan kita akan berjiran dengan keluarga yang bukan Islam.

Bagi kaum Tionghua dan Hindu mereka selalu mempunyai tempat penyembahan masing-masing, kaum Cina mungkin di luar rumah manakala Hindu di dalam rumah.

Bila kaum Cina yang beragama Taoisme atau Buddha sering melakukan upacara penyembahan mereka di luar, anak-anak kita yang masih kecil akan lihat, dan mungkin pernah bertanya kepada kita....

'Uncle sebelah buat apa tu Abah?'

Dan secara amnya, kita akan menjawab... 'dia org tgh sembahyang atau tengah sembah Tuhan dia' jawapan itu tuan-tuan, nauzubillah sebenarnya syirik.... Kerana ia bercanggah dengan prinsip dua kalimah syahadah kita.. 'tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH'
tetapi apabila kita memberikan jawapan ... 'Dia tengah sembah Tuhan dia' kita menggambarkan pada anak kita bahawa ada Tuhan yang lain dari ALLAH. Kita memberi gambaran kepada anak kita bahawa, kaum Cina punya satu Tuhan, India satu Tuhan, Kristian satu Tuhan...dan cara mereka menyembah Tuhan mereka lain dari kita...

Sedangkan kita mengucap kalimah kita 'tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH'
Jadi mana datangnya konsep atau pengertian 'dia sedang sembah Tuhan dia'?

Sekiranya jawapan ini diteruskan.. ....maka anak kita akan terus keliru dengan konsep dan prinsip syahadah kita 'Tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH'

Jawaban yang sebenarnya.
'Anak, pertamanya perlu faham. Tuhan kita dengan Tuhan Uncle sebelah sama, kerana ada hanya satu tuhan sahaja iaitu ALLAH, tapi cara dia menyembah Tuhan itu salah' ...

Jangan ambil mudah jawapan yang diberikan kepada anak, kerana jawapan yang salah akan hanya merosakkan atau setidak-tidaknya akan kelirukan mereka.

Sekadar mengamalkan 'sampai dan menyampaikan'.

Sekiranya apa yang disampaikan di sini atas kelemahan diri sendiri dan yang baik datang dari ALLAH.

Apa yang disampaikan di sini ialah pemahaman sendiri dari kuliah maghrib, sekiranya ada pihak yang mempunyai idea dan jawapan yang lebih baik.....

Dipersilakan untuk berkongsi bersama...

thank you to FAIZ HILMI FADZIL

Friday, December 10, 2010

Lelaki dan blue...

Assalamualaikum....

Blue, suatu istilah yang tak perlu diperkenal lagi. Ianya cukup sinonim dengan kaum lelaki pada masa kini. Mereka tidak kira pelajar sekolah, kolej dan universiti, baik penganggur dan pekerja awam, kesemuanya pasti cukup mengenalinya.

Mereka yang terjebak bagaikan seorang penagih dadah. Sekali terpaut, jiwa bagai meronta-ronta untuk mengaut buat kali seterusnya. Jika dahulunya untuk mencari blue, mereka perlu meredah hiruk pikuk kota dan menyusuri jalan petaling. Tetapi sekarang tidak perlu lagi. Blue kini dapat diakses begitu mudah, hanya berada pada hujung jari mereka sahaja. Buatlah pencarian di mana-mana browser di internet, sekelip mata terpapar apa yang diingini. Tambah-tambah lagi dengan adanya telefon bimbit berkamera yang boleh memainkan video berresolusi 1024x768, mereka boleh saling bertukar-tukar informasi blue mengikut citarasa mereka dan boleh ditonton bila-bila masa sahaja. Dan yang paling penting adalah mereka tidak perlu lagi berdepan risiko dimaki hamun tauke jurujual VCD blue lagi!

Lelaki dan couple

Mereka yang terjebak dengan blue, pasti akan ber’couple’. Ini bukanlah suatu perkara yang memelikkan kerana bagi mereka, menonton blue sahaja tidak mencukupi. Menonton blue bagaikan menagih dadah seperti yang dikatakan sebelum ini. Pada mulanya mereka melihat gambar, kemudian menonton video, dan akhirnya sudah tiba masanya untuk mencari seseorang untuk dijadikan ‘kambing hitam’. Setelah berlaku declaration, maka bermulalah pemasangan strategi-strategi oleh mereka ini. Apabila mereka berdepan dengan couple mereka, mereka cuba mengimbas kembali aksi-aksi di dalam video blue yang ditonton tadi, cuma kali ini wataknya cuba dikaitkan dengan pasangannya itu. Dan sekali lagi, bayangan mereka ini masih belum memenuhi kehendak nafsu mereka lagi.

Pada zahirnya, kaum lelaki tampak seorang yang mengambil berat, sering bertanya khabar, memuji-muji kaum hawa supaya dapat meruntum jiwa mereka. Mereka akan berlakon watak ‘lelaki paling baik di dunia’ dan ianya memang terbukti berjaya. Tidak hairanlah apabila ditanya pada kebanyakan para wanita diluar sana, masing-masing mengaku memperoleh pasangan couple terbaik dan kononnya tiada lagi lelaki lain yang dapat menandingi pasangan mereka itu. Bagi lelaki tersebut, tidak kira gelaran ‘baik’ diperoleh atau tidak, mindset mereka memang sudah ditetapkan sejak awal-awal lagi dan misi mereka harus dicapai secepat mungkin. Mereka cuba mencuba sehingga apabila berjaya menguasai perasaan pasangan mereka, maka bertindaklah mereka! Setelah habis diperalat, dikatakan telah puas, maka ditinggallah kaum wanita yang malang tadi. Jika kaum wanita itu ‘bernasib baik’, sampailah mereka ke jinjang pelamin walaupon telah dipalit dengan aksi-aksi yang menjijikan tadi . Dan kita pula terpedaya dengan 'kebahagian' pasangan couple itu.

Jaga pandangan

Menjadi lumrah, antara kaum adam dan hawa saling menegur. Kaum adam kini cukup prihatin dalam menjaga soat aurat. Mereka menegur wanita yang selalu memakai sendat. Mereka menegur muslimah yang bertudung tetapi mendedah dada. Ya, satu tindakan yang terpuji, namun yang tidak enaknya selang beberapa lama kemudian, mereka mula membuka leptop dan menonton koleksi video 3gp. Dan setibanya seorang wanita yang terdedah auratnya, mata mereka tidak berkelip-kelip. Mungkin mereka telah lupa, Allah SWT berfirman:

“Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang lelaki yang beriman agar mereka tundukkan pandangan dan memelihara kemaluan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang mereka lakukan.” (Surah al-Nur: 30)

Jadi, apakah bezanya kaum lelaki ini dengan muslimah yang tidak menutup aurat tadi, sedangkan mereka sendiri tidak melaksanakan perintah tuhan sewajarnya? Mereka seolah-olah mencari alasan untuk memuaskan nafsu serakah mereka sendiri disebalik kegagalan kaum muslimah tidak menutup aurat. Bagi mereka, apabila kesemua wanita di muka bumi ini menurut perintah menutup aurat dengan sempurna, barulah mereka hendak bertindak menjaga pandangan yang sepatutnya. Dan adakalanya, mereka membuat lawak disebalik peringatan yang diberi Rasulullah SAW:

"Jangan kamu ikuti satu pandangan dengan pandangan yang lain, kerana yang pertama bagimu ( diampunkan) dan tidak bagi yang kedua" (Riwayat Ahmad, Abu Daud)

“Ala... baru sahaja pandangan pertama, rilekslah... tak berdosa pon”. Itulah kata-kata mereka dengan tersengih-sengih memerhatikan kelibat tubuh wanita yang dipandangnya. Langsung tidak mengalih pandangan mereka samaada pandangan pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Ternyata selepas itu mereka dihimpit bayangan jijik yang membuak-buak di pemikiran mereka dan seterusnya terpaksa mencari blue untuk menuruti ketuhanan nafsu mereka. Inilah akibatnya apabila hukum hakam tuhan pada mulanya dibuat gurauan, akhirnya memakan diri.

Cabaran masa kini

Cuba bandingkan pemikiran anda dengan ayah-ayah, pakcik-pakcik serta datuk-datuk anda. Mereka memang jauh berbeza bagaikan langit dan bumi dengan anda. Jikalau dulu ayah anda mengenal erti seks ketika umur lewat belasan tahun, anda pula lebih advance, mungkin awal belasan tahun lagi. Tidak syak lagi, ini semua berlaku gara-gara perkembangan teknologi yang begitu pesat. Baik media cetak mahupun elektronik, kesemuanya menarik perhatian pandangan lelaki-lelaki. Lihatlah akhbar-akhbar tempatan, rancangan-rancangan TV, mahupun filem-filem wayang, segalanya dipenuhi gambar mendedah aurat. Setuju tak sekiranya dikatakan rating acara terjun dalam sukan komanwel baru-baru ini adalah paling tinggi berbanding acara-acara sukan lain? Kemudian, tatkala anda melayan aksi kuasa luar biasa yang ada pada watak-watak dalam drama bersiri Heroes, berapa banyak matakah yang tidak terkelip-kelip sangkut memerhati watak Claire Bennet? Ini tak termasuk lagi filem-filem Hollywood yang anda torrent sendiri, konon-kononnya ingin menikmati kehebatan jalan ceritanya tetapi berapa kalilah anda mengulang tayang adegan-adegan selitan yang menjijikkan? Ini semua kaedah alternatif bagi mereka yang menafikan menonton blue, tetapi cuba memenuhi hawa nafsu dengan cara tersendiri.

Inilah cabaran yang perlu ditempuh buat kaum lelaki masa kini. Lupakanlah segala hidangan-hidangan dunia yang memerangkap anda sendiri. Ingatlah, sesungguhnya perlakuan zina itu bermula dengan pandangan mata yang tidak dikawal oleh iman dan takwa. Bermula dengan melihat aurat wanita, ia membawa seseorang itu berkenalan dengan lebih rapat, menjalin hubungan dengannya, dan seterusnya berlaku perzinaan dan berakhir dengan pembuangan bayi. Berusahalah sedaya upaya melawan keinginan nafsu anda dan ketahuilah sesungguhnya melawan nafsu itu adalah seolah-olah seperti sedang berjihad. Jadi, janganlah menjadikan kaum muslimah, teknologi dan sebagainya untuk dipersalahkan dalam mengabaikan hukum menjaga pandangan. Rasulullah SAW bersabda:

“Orang yang berjihad ialah orang yang melawan nafsunya” (HR Tirmizi)

Maka, sudah tiba masanya masing-masing memainkan peranan! Disamping kaum muslimah menjaga pemakaian mereka, kaum muslimin haruslah menjaga pandangan pula. Marilah kita sama-sama bergerak ke hadapan untuk menuju kesudahan yang baik. Tinggalkan segala kemungkaran dan jangan memenangkan pujuk-rayu dan dorongan syaitan. Sentiasalah ingat pada Allah SWT dan insyaallah hati pasti tenang, seterusnya kita tidak akan mencari sesuatu yang lebih gembira daripada ini.

(Bukan semua lelaki adalah bersifat sedemikian seperti yang diceritakan di atas. Namun untuk mencari lelaki yang bukan bersifat demikian adalah sangat sukar pada masa kini)... sekian, Assalamualaikum...

thank you to FAIZ HILMI FADZIL