Showing posts with label CERITA. Show all posts
Showing posts with label CERITA. Show all posts

Wednesday, July 29, 2009

AYAH DAN ANAK

AYAH DAN ANAK

Satu hari, seorang ayah membawa seorang anaknya pergi melihat erti kehidupan yang sebenarnya. Si ayah mahu memberitahu kepada anaknya betapa syukurnya kehidupan mereka yang serba mencukupi. Si ayah membawa anaknya pergi kesebuah perkampungan dimana penduduknya hidup dengan bercucuk tanam. Mereka menghabiskan masa satu hari disalah sebuah rumah penduduk yang serba kekurangan itu.

Keesokkan harinya apabila mereka pulang kerumah mereka, didalam perjalanan si ayah bertanyakan kepada anaknya, "Bagaimanakah dan apakah yang engkau telah lihat dan pelajari anakku?"

"Sungguh luarbiasa sekali pengalaman saya ini, ayah."kata sianak."Saya lihat hidup kita rupa-rupanya terlalu miskin jika dibandingkan dengan hidup mereka diperkampungan tersebut. Kita ada kolam renang yang terbatas, TETAPI mereka mempunyai sungai yang panjang dan jernih sekali airnya. Kita mempunyai lampu-lampu yang dibeli diluar negara untuk menerangi laman rumah kita, TETAPI mereka mempunyai bintang-bintang di langit untuk menerangkan taman mereka. Kita mempunyai barenda yang lebar sehingga ke laman depan TETAPI mereka mempunyai pandangan seluas-luasnya. Rumah kita dibina atas tanah yang sempit TETAPI mereka mempunyai tanah seluas mata memandang. Kita mempunyai orang gaji untuk melayan kehendak kita, TETAPI mereka melayan kehendak mereka sendiri. Kita senantiasa membeli makanan untuk dimakan, TETAPI mereka mempunyai makanan yang mereka tanam sendiri. Kita mempunyai dinding-dinding indah untuk melindungi kita, TETAPI mereka mempunyai rakan-rakan dan jiran tetangga untuk menjaga kehidupan mereka. Terima kasih ayah. Akhirnya saya mengetahui betapa miskinnya hidup kita ini jika dibandingkan dengan hidup mereka." kata sianak sehingga membuatkan ayahnya tidak dapat berkata apa-apa.


Kita sering terlupa apa yang kita miliki dan hanya mengeluh terhadap apa yang tidak kita miliki. Kadang-kadang kekurangan yang dimiliki seseorang merupakan anugerah bagi orang lain. Semua ini berdasar pada perspektif peribadi seseorang. Fikirkanlah. Bersyukur kepada ALLAH atas anugerah yang telah diberikanNya kepada kita

Thursday, July 23, 2009

Perjalanan di alam barzah (sebuah mimpi benar)

Assalaamu`alaikum Sahabat Taman2 Syurga

Saya paparkan pengalaman dari mimpi saya untuk dikongsi bersama.

Semoga kita beroleh taufik dan hidayah dari Allah s.w.t. Wassalam.

Tarikh : 2 November 1992
Masa : Di antara jam 3.00 - 3.30 pagi
Tempat : Taman Pekaka, Jalan Sg. Dua, Pulau Pinang
Sekitaran : Sunyi dan tenang
Perkara : Mimpi peristiwa di Alam Barzah

Mimpi bermula dalam keadaan aku baru tiba di alam barzah menemui sekumpulan lima atau enam orang rakan-rakan se pejabat ku yang telah "mendahului" aku. Kumpulan ini sedang duduk berbual di halaman sebuah tempat terbuka lengkap dengan kerusi dan meja yang diperbuat dari kayu. Sekitaran serba berwarna warni seperti di dunia, tenang dan awan mendung kemerahan tetapi tidak panas.

Mereka menegur aku dan berjabat tangan dan mengalu-alukan kedatangan ku. Apa yang aku masih ingat, ada seorang di antara mereka berkata `aku nampaknya tidak seperti dulu, diam sahaja dan aku menjawab `maklumlah tempat berbeza' dalam nada yang tidak teratur seperti masih terkejut dan tergamam. Aku gagah senyum sinis. Kemudian masing-masing bertanya khabar dan bercerita tentang bagaimana menemui `maut' (nota: aku tak ingat bagaimana dan siapa yang bercakap; ada yang mati kerana penyakit, kerana kena kilat, kejutan letrik dan aku tidak menceritakan bagaimana aku mati).

Kemudian apa yang aku ingat aku dibawa oleh seorang "Pengawas" lelaki yang berkemeja dan berseluar panjang putih macam pembantu hospital memegang pen dan satu senarai nama di atas papan tulis (file keras) masuk ke sebuah bangunan seperti rumahpangsa. Naik tangga ke tingkat satu dan ditunjukkan sebuah pintu bilik bernombor 205, bilik aku. Di dalamnya seperti asrama universiti atau bilik hotel, ada dua buah katil bujang lengkap dengan tilam, almari baju dan meja hias. Lampu di siling sederhana tetapi terang dan keadaan bilik kekuningan emas.

Aku turun ke bawah bertemu semula dan berbual dengan sahabat-sahabat. Aku bertanya "apa yang kita nak buat di sini", seorang sahabat berkata "di sini bukan tempat nak buat ibadat, semua dah tak dikira, hanya tempat menunggu yang lain-lain akan tiba; apa yang kita hendak semuanya ada di sini. Kita duduk bersembang sajalah. Kalau masa hidup banyak kebajikan, di sini tak susahlah!"

Aku naik semula terlajak sampai ke tingkat dua dan tiga, jumpa bilik no. 207 dan 208. Aku turun pula dan jumpa bilik mekanikal (generator) mungkin basement. Aku naik se tingkat dan buka pintu tetapi rupanya bilik mesyuarat atau bilik bacaan. Dari daun pintu yang terbuka sikit, ternampak sahabat se pejabat ku, pakai kot dengan neck-tie (seperti pakaiannya semasa di pejabat) sedang membaca surat kabar atau file bersama beberapa orang lagi di dalamnya, aku tidak mahu mengganggu dan terus mencari bilik 205.

Aku ketemu bilik aku dan daun pintu terbuka sedikit, nampak cahaya lampu keluar dari bilik aku; ada room-mate baru sampai. Bersalaman dan berkenalan. Orangnya rendah tetapi berbadan tegap, berkaca mata, bermisai dan berjanggut; wajahnya macam masih dalam keadaan terkejut. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Shaharuddin Sudin (atau Samsudin, aku tidak ingat!) dan bekerja di pejabat Audit/Kewangan di KOMTAR dalam nada suara gagap dan tersekat-sekat. Aku kata "kalau tak silap kita pernah bercakap di dalam telefon tetapi tidak pernah bersua muka". Pada masa ini, seorang rakan sepejabat ku, Hassan lalu dan menjenguk ke bilik aku. Menegur aku dan aku perkenalkan kawan sebilik ku. Beliau mengajak aku ke bilik seorang lagi sahabat baik kami, Mahadi. Dia ada di dalam bilik, duduk di bucu katil. Bilik mewah kekuningan emas. Penuh lampu gantung dan lampu dinding macam hotel mewah. Di atas meja hias (cermin muka besar) terdapat sedozen kotak filem kamera Fuji masih dalam bungkusan plastik. Aku berkata kepada Mahadi, "amboi banyaknya filem". Mahadi menjawab sambil tersenyum, "untuk kenangan anak cucu aku".

Kemudian aku bersama ke laman bersama se kumpulan rakan kenalan. Aku bertanya, "di sini ada malam kah?" Mereka menjawab dengan senyuman dan aku faham jawapannya. Pada masa ini aku terdiam sebentar kerana teringatkan isteri dan anak-anak aku yang ditinggalkan. Aku berkata di dalam hati "pasal itulah sebelum mati aku berpesan-pesan kepada isteriku".

Aku balik ke bilik, salin pakaian pakai seluar pendek, singlet putih dan turun semula ke padang lakukan beberapa gerakan senaman (tidak berpeluh tetapi terasa dingin). Berhampiran tempat aku bersenam, terdapat dua kumpulan kanak-kanak perempuan dalam usia 7 hingga 10 tahun membuat dua bulatan berpakaian seperti uniform sekolah; satu kumpulan berbaju putih berjalur biru dan satu kumpulan berbaju putih berjalur hijau sedang menyanyi dan bersenam di awasi oleh dua orang guru wanita berdiri di tengah.

Aku menghampiri rakan-rakan pejabat bersembang di kerusi meja rehat di halaman (nota: tiada makan atau minum). Sepasang lelaki dan perempuan melintas di hadapan kami berpegangan tangan dan tersenyum riang. Salah seorang kawan menceritakan bahawa mereka adalah suami-isteri; si isteri meninggal dahulu kerana bersalin dan si suami baru "sampai". Aku mengeluh sebab tak tahu nak buat apa dan sampai bila hendak duduk macam ini? Kemudian aku beri cadangan elok kita berbuat sesuatu. Salah seorang kawan menjawab "apa yang hendak dibuat, disini bukan tempat ibadat semua tak kira dah dan bukan ada malam". Aku perhati ke `langit' dan cuaca seperti keadaan senja serta redup dan tenang sekali (tidak panas). Aku perhati di hadapan, jalanraya luas tanpa kenderaan dan di kiri kanannya tanah lapang kemerahan serta kontang. Kemudian aku memberi cadangan, "kan elok kalau ada kompleks perniagaan ka, rumah kaa di sana?" sambil mengunjurkan kedua-dua tangan ke arah padang lapang tadi ..... tiba-tiba tersergam sebuah kompleks dan pangsapuri di atas tanah lapang tadi (nota: seperti projek Hamna di Jalan Sungai Dua). Aku terkejut seketika.

Aku bersembang dengan seorang sahabat karib aku, Ghazali dan berkata "subhaanallah, sodaqa rasulullah," (Maha Suci Allah dan memang benarlah seperti yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w.). Ghazali bertanya kenapa aku berkata demikian. Aku kata, aku pernah membaca sebuah hadith; apabila seorang Islam meninggal dunia, pertama sekali saudara mara akan datang berjumpa dan bertanyakan khabar orang yang ditinggalkan, kemudian akan datang sahabat-sahabat pula bertanyakan yang sama. Apa yang aku ingat, ada sesuatu perkara yang kami tidak sefahaman mungkin tentang kesahihan hadith tersebut. Aku kata kepada Ghazali; itu hadith, tak kiralah sahih ka tidak, sebab itu aku kata Subhaanallah, aku puji Allah. Ghazali diam dan tersenyum. Kawan-kawan yang lain turut tersenyum.

Aku terpandang kepada seorang lagi sahabat se pejabatku bermisai tebal sedang duduk berseorangan di satu penjuru meja. Wajahnya seperti dilindung bayang. Aku menghampirinya dan kami berbual tentang satu perkara yang serius (nota: aku tak ingat perkara apa). Akhirnya, Kamaruzaman tersenyum sedikit dan menjawab "tak dak apalah, biasalah" (perkataan yang selalu diucapkan di dunia).

Aku terjaga dalam keadaan kaki tangan sejuk dingin dan kaku. Syukur kerana masih di alam dunia bukan di Alam Barzah. Lihat jam dinding pukul 3.30 pagi. Terus aku menulis peristiwa mimpi ini di atas kertas sebelum terlupa. Ringkasnya, di dalam mimpi ini, suasana tenang, tidak makan dan minum, tiada bilik air (tidak mandi atau buang air) dan setiap karakter sahabat adalah sama seperti ketika hidup. Walau bagaimanapun, saudara mara ku tidak wujud dalam mimpi ini.

Nota :

1. Segala yang tertulis di atas bukanlah cerita rekaan tetapi mimpi yang dialami sendiri oleh ku. Aku harap jangan ada sesiapa yang membaca dan cuba mentakrifkan mimpi ini kecuali yang mempunyai ilmu tentangnya. Dengan Allah kami berlindung dan kepada Allah kita akan kembali.

2. Pada 24 April 1994, aku menghadiri kursus di INTAN, Bukit Kiara, KL dan aku ditempatkan di bilik no. 205!

3. Pada 13 Jun 1994, aku menghadiri kursus anjuran pejabatku, "Pengurusan Masa Berkualiti" di Hotel Park Inn, Tanjung Bungah, Pulau Pinang. Pengurusan hotel memberi sebuah bilik untuk sembahyang. Bilik tersebut bernombor 205!

4. Pada 12 Mac 2002 musim kerja haji, aku dan isteriku berpindah dari bilik no. 206 ke bilik no. 205, Hotel New Safa, Makkatul Mukarramah kerana alat hawa dingin bilik 206 rosak. Pada 15 Mac 2002, check in di bilik no. 215 (hampir dengan 205), Kandara Palace Hotel, Jeddah untuk satu malam sahaja sebelum berlepas balik ke Malaysia. Semuanya diatur dan dalam perancangan Allah s.w.t.

PETIKAN HADITH NABI S.A.W.

Dari Abu Qatabah r.a. katanya, "Nabi saw. bersabda, "Mimpi yang baik dari Tuhan, dan mimpi yang buruk dari syaitan. Apabila seseorang di antara kamu memimpikan suatu mimpi yang menakutkannya, hendaklah ia meludah ke sebelah kirinya, dan mohon berlindung kepada Tuhan daripada bahaya. Sesungguhnya dengan demikian, nescaya tidak akan membahaya-kan kepadanya."
- SHAHIH BUKHARI

dr tmn2syurga

Tuesday, July 21, 2009

Nak Buat Maksiat?? Kalau Berani Terima Syarat Ni, BUATLAH!!

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham(Aba Ishak).Dia berkata: "Wahai Aba Ishak!Selama ini aku gemar bermaksiat.Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Aba Ishak berkata: "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, "Apakah syarat-syarat itu,wahai Aba Ishak?" Ibrahim bin Adham berkata:

SYARAT PERTAMA: "Jika kamu bermaksiat kepada Allah,jangan memakan rezeki-Nya."
Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata: "Dari mana aku mahu makan?Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?" "Ya!"tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mahukah memakan rezeki-Nya,sedangka n kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?" "Apakah syarat keduanya?"soal lelaki tersebut. Lantas Aba Ishak menjawab:

SYARAT KEDUA: "Kalau kamu bermaksiat,jangan tinggal di bumi-Nya."
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut separuh mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya: "Wahai hamba Allah,fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya,sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya. ?" "Ya!Anda benar"kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga.Ibrahim menjawab:

SYARAT KETIGA: Kalau kamu masih mahu bermaksiat,carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya.
Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata: "Wahai Ibrahim,ini nasihat macam mana?mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya ,kalau memang yakin demikian,apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?"kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.Ibrahim melanjutkan:

SYARAT KEEMPAT: "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu,katakanlah kepadanya, "Ketepikan kematianku dulu.Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh".Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan tersedar dan berkata: "Wahai Ibrahim,mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?" "Wahai Abdullah,kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu,lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?" "Baiklah,apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab:

SYARAT KELIMA: "Kalau malaikat datang hendak mengiringmu ke api neraka di Hari Kiamat nanti,jangan engkau ikut bersamanya."
Perkataan tersebut membuatkan lelaki itu insaf.Dia berkata: "Wahai Aba Ishak,sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim.Air matanya bercucuran . "Mulai saat ini aku ingin bertaubat kepada Allah"katanya sambil teresak-esak.

dr taman2syurga

PAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI

Peristiwa yang menimpa diri saya kira-kira dua tahun yang lalu sering datang meragut ketenangan yang cuba di pupuk hari demi hari. Saya selalu kecundang. Justeru saya masih belum dapat memaafkan kesalahan yang telah dilakukan. Kesalahan yang disangka ringan, tetapi rupa-rupanya mendatangkan rasa bersalah yang tidak pernah berkesudahan hingga ke hari ini.

Ingin saya paparkan peristiwa yang menimpa diri ini untuk tatapan anda sekalian, untuk dijadikan teladan sepanjang hidup. Untuk pengetahuan semua, di kalangan sahabat-sahabat dan saudara-mara, saya dianggap sebagai seorang isteri yang baik.

Tetapi keterlaluan jika dikatakan saya menjadi contoh teladan seorang isteri bekerja yang begitu taat berbakti kepada suami. Walau bagaimana penat dan sibuk sekalipun, urusan rumahtangga seperti melayan suami dan menguruskan anak-anak tidak pernah saya abaikan.

Kami di anggap pasangan romantik. Suami saya seorang lelaki yang amat memahami jiwa saya, berlemah lembut terhadap keluarga, ringan tulang untuk bersama-sama menguruskan rumah apabila pulang dari kerja dan lain-lain sifat yang baik ada pada dirinya.

Waktu sembahyang dan waktu makan merupakan waktu terbaik untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan dengan sembahyang berjemaah dan makan bersama.

Pada waktu inilah biasanya beliau akan memberi tazkirah dan peringatan kepada kami agar menjadi hamba yang bertakwa. Dari sudut layanan seorang isteri terhadap suami, saya amat memahami akan kewajipan yang harus ditunaikan.

Itulah peranan asas seorang isteri terhadap suaminya. Allah menciptakan Hawa semata-mata unutk melayan Adam dan menghiburkannya. Meskipun syurga dipenuhi dengan kekayaan dan kemewahan, namun tidak mampu mengisi jiwa Adam yang kosong melainkan dengan diciptakan Hawa.

Oleh itu saya menganggap tugas mengurus rumahtangga, mengurus anak-anak dan bekerja di pejabat adalah tugas nombor dua setelah tugas pertama dan utama, iaitu mela yani suami. Sebagai seorang yang juga sibuk di pejabat, adakalanya rasa penat dan letih menghambat sehingga saya pulang ke rumah. Tetapi saya bersyukur kerana suami amat memahaminya. Berkat tolong-menolong dan bertolak-ansur, hal tersebut tidak pernah menjadi masalah di dalam rumahtangga. Bahkan sebaliknya menumbuhkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain kerana masing-masing dapat menerimanya dan mengorbankan kepentingan masing-masing.

Sehinggalah tiba pada satu hari yang mana pada hari itu datangnya ketentuan Allah yang tidak dapat diubah oleh sesiapa pun. Hari itu merupakan hari bekerja. Agenda saya di pejabat amat sibuk, bertemu dengan beberapa orang pelanggan dan menyelesaikan beberapa tugasan yang perlu disiapkan pada hari itu juga. Pukul lima petang saya bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Penat dan letih tidak dapat digambarkan.

Apabila sampai di rumah, saya lihat suami telah pulang dari pejabat. Dia telah membersihkan dirinya dan sedang melayani anak-anak, bermain-main dan bergurau senda. Dia kelihatan sungguh gembira pada pada petang itu. Saya begitu terhibur melihat telatah mereka, kerana suasana seperti itu jarang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-masing penat. Suami sedar saya amat penat pada hari itu. Oleh itu dia meminta agar saya tidak memasak, sebaliknya mencadangkan agar kami makan di sebuah restoran makanan laut di pinggir bandar. Dengan senang saya dan anak-anak menyetujuinya. Kami pulang ke rumah agak lewat, kira-kira jam 11 malam. Apa tidaknya, kami berbual-bual panjang ketika makan, bergurau-senda dan usik-mengusik. Seperti tiada hari lagi untuk esok. Selain anak-anak, suami sayalah orang yang kelihatan paling gembira dan paling banyak modal untuk bercakap pada malam itu.

Hampir jam 12 barulah masing-masing merebahkan badan di katil. Anak-anak yang kekenyangan segera mengantuk dan lelap. Saya pun hendak melelapkan mata, tetapi belaian lembut suami mengingatkan saya agar tidak tidur lagi. Saya cuba menggagahkan diri melayaninya, tetapi hati saya hanya separuh saja jaga, separuh lagi tidur.

Akhirnya saya berkata kepadanya sebaik dan selembut mungkin, "Abang, Zee terlalu penat," lalu saya menciumnya dan memberi salam sebagai ucapan terakhir sebelum tidur.

Sebaliknya suami saya terus merangkul tubuh saya. Dia berbisik kepada saya bahawa itu adalah permintaan terakhirnya. Namun kata-katanya itu tidak meresap ke dalam hati saya kerana saya telah berada di alam mimpi.

Suami saya perlahan-lahan melepaskan rangkulannya. Keesokannya di pejabat, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti ada perkara yang tidak selesai. Saya menelefon suami, tetapi tidak berjawab.

Sehinggalah saya dapat panggilan yang tidak dijangka sama sekali - panggilan dari pihak polis yang menyatakan suami saya terlibat dalam kemalangan dan dikehendaki datang segera ke hospital. Saya bergegas ke hospital, tetapi segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi suami saya dan saya tidak sempat bertemunya.

Meskipun redha dengan pemergian suami, tetapi perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis dari hati saya kerana tidak melayaninya pada malam terakhir kehidupannya di dunia ini.

Hakikatnya itulah pahala terakhir untuk saya sebagai seorang isteri. Dan yang lebih saya takuti sekiranya dia tidak redha terhadap saya pada malam itu, maka saya tidak berpeluang lagi untuk meinta maaf daripadanya.

Sabda Rasulullah s. a. w, "Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, tiada seorang suami yang mengajak isterinya tidur bersama di tempat tidur, tiba-tiba di tolak oleh isterinya, maka malaikat yang di langit akan murka kepada isterinya itu, hingga dimaafkan oleh suaminya."

Sehingga kini, setiap kali saya terkenang kepadanya, air mata saya akan mengalir ke pipi. Saya akan bermunajat dan memohon keampunan daripada Allah.

Hanya satu cara saya fikirkan untuk menebus kesalahan itu, iaitu dengan mendidik anak-anak agar menjadi mukmin sejati. Agar pa hala amalan mereka akan mengalir kepada ayah mereka.

Hanya itulah khidmat yang dapat saya berikan sebagai isterinya. Itulah harapan saya ... semoga Allahperkenankannya.

Extract From E.Sham Blog

Friday, July 17, 2009

surat untuk suami..

Dear abang,

Ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung. abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. abang jagalah diri abang dan kereta abang baik-baik... cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan disini... kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali.. sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang.. sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam... abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape?

Harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakan masa kita kahwin dulu.. cuba hantaran ayang lebih mahal dari harga kereta abang?

Tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat..tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susah

Sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah..

Kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga maintainance. ..ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah..

Kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa abang kata ayang tak sedar diri kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada.

Kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak

Paling menyedihkan. . ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawab takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??

Ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek depa.. tak nak naik kereta abang takut calar.. ayang calar takpe.. jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lama sekolah bukak ayang balik lah dengan anak-anak.. pesanan ayang..


ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR

Love,
ayang

Thursday, July 9, 2009

LEBAH DAN SEMUT

LEBAH DAN SEMUT

Tiga binatang kecil ini menjadi nama dari tiga surah di dalam Al-Qur'an.An Naml [semut], Al 'Ankabuut [labah-labah], dan An Nahl [lebah]. Semut, menghimpun makanan sedikit demi sedikit tanpa berhenti. Konon, binatang ini dapat menghimpun makanan untuk bertahun-tahun.Padahal usianya tidak lebih dari setahun. Ketamakannya sedemikian besar sehingga ia berusaha - dan seringkali berhasil memikul sesuatu yang lebih besar dari tubuhnya.

Lain lagi uraian Al-Qur'an tentang labah-labah. Sarangnya adalah tempat yangpaling rapuh [ Al 'Ankabuut; 29:41], ia bukan tempat yang aman, apapun yang berlindung di sana akan binasa. Bahkan jantannya disergapnya untuk dihabiskan oleh betinanya. Telur-telurnya yang menetas saling berdesakan hingga dapat saling memusnahkan. Inilah gambaran yang mengerikan dari kehidupan sejenis binatang.

Akan halnya lebah, memiliki naluri yang dalam bahasa Al-Qur'an - "atas perintah Tuhan ia memilih gunung dan pohon-pohon sebagai tempat tinggal" [ An Nahl;16:68]. Sarangnya dibuat berbentuk segi enam bukannya lima atau empat agar efisen dalam penggunaan ruang. Yang dimakannya adalah serbuk sari bunga.

Lebah tidak menumpuk makanan. Lebah menghasilkan lilin dan madu yg sangat manfaat bagi kita. Lebah sangat disiplin, mengenal pembagian kerja, segala yang tidak berguna disingkirkan dari sarangnya. Lebah tidak mengganggu kecuali jika diganggu. Bahkan sengatannya pun dapat menjadi ubat.

Sikap kita dapat diibaratkan dengan berbagai jenis binatang ini. Ada yang berbudaya 'semut'. Sering menghimpun dan menumpuk harta, menumpuk ilmu yang tidak dimanfaatkan. Budaya 'semut' adalah budaya 'aji mumpung'. Pemborosan, foya-foya adalah implementasinya.Entah berapa banyak juga jenis 'labah-labah' yang ada di sekeliling kita. Yang hanya berfikir: "Siapa yang dapat dijadikan mangsa" Nabi Shalalahu 'Alaihi Wasallam mengibaratkan seorang mukmin sebagai 'lebah'. Sesuatu yang tidak merusak dan tidak menyakitkan :"Tidak makan kecuali yang baik, tidak menghasilkan kecuali yang bermanfaat dan jika menimpa sesuatu tidak merusak dan tidak pula memecahkannya"

Semoga kita menjadi ibarat lebah. Insya Allah!

Kisah Benar Untuk Dijadikan Ikhtibar

Kisah Benar Untuk Dijadikan Ikhtibar

Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang

ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak

dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang doktor neurologi. Setelah memeluk Islam, dia

amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang

bertemakan "Perubatan Melalui Al-Qur'an". Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan

ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an.

Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black

seed) dan sebagainya. Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka

doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat

beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah. Padahal setiap inci

otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.

Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan

memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud

semasa mengerjakan sembahyang. Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa

sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut

mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam.

Begitulah keagungan ciptaan Allah. Jadi barang siapa yang tidak menunaikan sembahyang, akan

otaknya tidak akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal.Oleh

yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya'

kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.

Kesimpulannya:

Makhluk Allah yang bergelar manusia yang tidak bersembahyang, walau pun akal mereka berfungsi

dengan secara normal tetapi sebenarnya dalam sesuatu keadaan mereka akan kehilangan

pertimbangan dalam membuat keputusan yang normal. Justeru itu, tidak hairanlah jika manusia ini

kadang kala tidak segan silu untuk melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan fitrah

kejadiannya, walau pun akal mereka mengetahui bahawa perkara yang akan dilakukan itu adalah

bersalahan dengan kehendak mereka. Inilah adalah kesan daripada ketidakupayaan otak mereka

untuk mempertimbangkan akan perbuatan mereka itu secara lebih normal. Maka dengan itu tidak

hairanlah timbulnya bermacam-macam gejala-gejala sosial masyarakat masakini. Dari itu, marilah

kita bersama-sama mengambil ikhtibar daripada kisah di atas. Ambillah Islam secara menyeluruh

dan bukannya secara berdikit-dikit.

Dipetik daripada Arab News, 7 Januari /Februari 1987.

Wednesday, July 8, 2009

LAWAK KAN...FIKIRKAN LAH..

LAWAKKAN ?

Bayangkan benda ini berlaku pada anda...

Suatu hari pada masa Sembahyang Jumaat yang di hadiri oleh lebih
kurang 1,000 jemaah...
tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun...
lalu salah seorang lelaki tu bertempik "Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di
tempat kamu". Selepas mendengar amaran
lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para
jemaah itu utk menyelamatkan diri.... daripada
jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih
kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di
tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu...
Lelaki yang bertempik tadi segera membuka
tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam
sambil berkata: "Ok Pak Imam, saya dah halau
SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak
Iman mulakan sembahyang Jumaat". Lalu
kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan
jemaah....Sekian.
Macam mana, adakah anda
rasa lawak dgn cerita di atas??? Selain terhibur,
anda fikirlahlah...
"Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman... ", " Lawak kan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki tadi
hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun
nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah..
baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa
yg dia tak sembahyang jumaat lagi...", "Lawak kan, ada juga yang agamanya cuma seminggu
sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat..
tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi
dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang
raya...",
"Lawakkan, ramai orang percaya kepada
gossip dan apa yang ditulis oleh surat khabar
daripada apa yang tercatit dalam Al-Quran",
"Lawak kan, berapa ramai yg percaya
dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat
yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar
dunia",
"Lawak kan, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berjam- jam tapi nak
berdoa kepada ALLAH, alahai.. tak cukup
masa.... Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh
post banyak thread atau email yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama.
Lawak kan??? Kenapa?
Gelak
tu kan realiti. Tapi yg paling lawak sekali.. berapa
orang yang lepas baca benda ni akan
sampaikan
kat orang lain? berapa banyak????

Tuesday, July 7, 2009

SI-SOPAK, SI-BOTAK DAN SI-BUTA

SI-SOPAK, SI-BOTAK DAN SI-BUTA

Pada suatu hari Allah memerintahkan malaikat bertemu dengan tiga orang Bani

Israil. Ketiga-tiga mereka cacat; seorang botak, seorang sopak dan seorang lagi

buta.

Malaikat yang menyamar seperti manusia itu bertanya si-sopak "Jika Allah hendak

kurniakan sesuatu untuk kamu, apakah yang kamu mahu?" Si-sopak menjawab,

"Saya mahu kulit saya sembuh seperti biasa dan diberi kekayaan yang banyak."

Dengan takdir Allah, kulitnya kembali sembuh dan dikurniakan rezeki yang banyak.

Kemudian malaikat bertanya si-botak soalan yang sama. Si-botak menjawab, "Saya

mahu kepala saya berambut semula supaya kelihatan kacak dan diberikan harta

yang banyak." Tiba-tiba, dengan kurnia Allah si-botak itu kembali berambut dan

diberikan harta yang banyak.

Selepas itu malaikat bertanya si-buta pertanyaan yang sama. Si-buta menjawab,

"Saya hendak mata saya dicelikkan semula dan diberikan harta yang banyak."

Dengan takdir Allah, mata si-buta menjadi celik dan dikurniakan kekayaan yang

melimpah.

Selang beberapa bulan, Allah memerintahkan semula malaikat untuk berjumpa

dengan ketiga-tiga orang cacat itu. Kali ini malaikat menyamar sebagai peminta

sedekah. Dia berjumpa dengan orang pertama yang dulunya sopak dan meminta

sedikit wang. 'Si-sopak' itu tidak menghulurkan sebarang bantuan malah

mengherdik malaikat. Malaikat berkata, "Saya rasa saya kenal kamu. Dulu kamu

sopak..dan miskin. Allah telah menolong kamu." Si-sopak tidak mengaku. Dengan

kuasa Allah, si-sopak yang sombong itu bertukar menjadi sopak semula dan

bertukar menjadi miskin.

Kemudian malaikat berjumpa dengan si-botak yang telah menjadi kaya dan

berambut lebat. Apabila malaikat meminta bantuan, si-botak juga enggan

membantu, malahan dia tidak mengaku bahawa dia dulu botak. Oleh sebab

sombong dan tidak sedar diri, Allah menjadikan kepalanya botak semula dan

bertukar menjadi miskin.

Malaikat berjumpa dengan orang buta yang telah diberikan penglihatan. Apabila

malaikat meminta bantuan, si-buta memberikan keseluruhan hartanya dan berkata,

"Ini semua harta pemberiaan Allah. Ambillah kesemuanya. Mata saya yang kembali

celik ini adalah lebih berharga daripada kesemua harta ini." Malaikat tidak

mengambil pemberian itu. Dia memberitahu bahawa dia adalah malaikat yang pernah

datang dulu. Kedatangannya kali ini ialah untuk menguji siapa di antara mereka

bertiga yang bersyukur.

Si-buta yang bersyukur itu terus dapat menikmati kekayaan dan penglihatannya.

Manakala si-sopak dan si-botak kekal dengan keadaannya yang asal.

MORAL & IKTIBAR

Allah mengurniakan kesenangan dan keselesaan adalah sebagai ujian untuk

melihat siapakah di antara mereka yang bersyukur

Manusia yang bersyukur Allah akan tambah kurniaan sebaliknya manusia

yang kufur akan diazab oleh Allah

Manusia seringkali lupa daratan apabila diberikan kemewahan dan

kesenangan

Sangat sedikit hamba Allah yang bersyukur

Siapa yang tidak bersyukur kepada manusia, dia tidak akan bersyukur

kepada Allah

Allah memberi kurnia kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan menarik

nikmat daripada siapa sahaja yang dikehendakiNya

Sifat syukur adalah satu sifat yang terpuji, sebaliknya kufur (kufur nikmat)

adalah sifat yang dicela oleh Allah.

Wednesday, July 1, 2009

Kisah Pengemis Dengan Isteri Cun

Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan. Diruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. "Tolonglah Encik, saya lapar, sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi." Dengan muka bengis, si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu. Dalam hatinya berkata "Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain, tapi untuk diri dan keluargaku." Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.

Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isterinya yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain. Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan. Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkup muka sambil menangis.

Si isteri mengadu, si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorang pengemis . Suami yang baru itu menjawab dengan tenang: "Demi ALLAH, akulah pengemis yang dihalau dan ditengking itu .

Rasulullah SAW bersabda: ''Sedekah itu dapat menutup 70 ribu kejahatan''.

Anas Malik pula meriwayatkan bahawa NABI MUHAMMAD SAW ada bersabda yang bermaksud: "Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dia dengan kekayaanmu. Barang siapa yang mempunyai ilmu, maka sedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga bersedekahlah dengan tenaganya".

p/s: CERITA INI MEMBERI PENGAJARAN BAHAWA HIDUP KITA SEPERTI PUTARAN RODA DAN TIDAK SELALUNYA KITA BERADA DI ATAS. ADA MASA DAN KETIKANYA KITA AKAN TURUN PULA KE BAWAH.

dr

Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus

Tuesday, June 30, 2009

tempah bilik di neraka...

Kisah ini diambil dari majalah Iskandariah Mesir "MANAR ISLAM Kisah ini diambil dari majalah Iskandariah Mesir "MANAR ISLAM

Menurut majalah tersebut, pada hari kejadian, gadis yg terpengaruh dgn cara hidup masyarakat Barat itu menaiki sebuah mikrobas/bas mini. utk menuju kedestinasi diwilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi yg terkenal dgn tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata. Bajunya agak nipis & seksi hampir terlihat segala yg patut disembunyikan bagi seorang perempuan dr pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dlm lingkungan 20thn. Didalam bas itu ada seorang tua yg dipenuhi uban menegurnya......Wahai pemudi ..... alangkah baiknya jika kamu berpakaian yg baik, yg sesuai dgn ketimuran & adat serta agama Islam kamu........ "Itu lebih baik drp kamu berpakaian begini yg pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki..." nasihat org tua itu.

Namun , nasihat yg sangat bertetapan dng tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dgn jawapan sinikal/mengejek. "Siapalah kamu hai orang tua?Apakah ditangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yg menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka??? Setelah menghamburkan kata-kata yg sangat menghiris perasaan org tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, sigadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kpa org tua tadi sambil melafazkan kata kata yg lebih dahsyat.

"Ambil h/phone ku ini & hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik dineraka jahannam utkku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dgn begitu biadab.

Org tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dr sigadis manis. Sayang wajahnya yg ayu tidak sama dgn perilakunya yg buruk. Penumpang-penumpang yg lain turut terdiam ada yg menggelengkan kepala kebingungan. Semua yg didalam bas tidak menghiraukan gadis yg masih muda itu yg tidak menghormati hukum hakam itu. dan mereka tidak mahu menasihatinya kerna khuatir dia akan menghina agama dgn lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut didapati tertidur dimuka pintu bas.Puas pemandu bas termasuk para penumpang yg lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba org tua tadi memeriksa nadi sigadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dlm keadaan yg tak disangka. Para penumpang menjadi cemas dgn berita yg menggemparkan itu.

Dalam suasana kelam kabut itu , tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh kepinggir jalan. Org ramai segera berkejar utk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut.Sesuatu yg aneh menimpa jenazah yg terbujur kaku dijalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar

api. Dua tiga org yg cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan krna tangan mereka terasa panas & hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.

Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yg menimpa gadis malang tersebut.Apakah hasratnya menempah sebuah bilik dineraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah..Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa diatas segala sesuatu.

Thursday, June 25, 2009

aku mencintai mu

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada suami. Ini dialog mereka:

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai yang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata:

Suami: 'Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!'

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi... Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan koma. si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.

Surat tersebut berbunyi begini:

'Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu....
sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu. Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintaimu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintaimu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati...'