Wednesday, July 29, 2009

AYAH DAN ANAK

AYAH DAN ANAK

Satu hari, seorang ayah membawa seorang anaknya pergi melihat erti kehidupan yang sebenarnya. Si ayah mahu memberitahu kepada anaknya betapa syukurnya kehidupan mereka yang serba mencukupi. Si ayah membawa anaknya pergi kesebuah perkampungan dimana penduduknya hidup dengan bercucuk tanam. Mereka menghabiskan masa satu hari disalah sebuah rumah penduduk yang serba kekurangan itu.

Keesokkan harinya apabila mereka pulang kerumah mereka, didalam perjalanan si ayah bertanyakan kepada anaknya, "Bagaimanakah dan apakah yang engkau telah lihat dan pelajari anakku?"

"Sungguh luarbiasa sekali pengalaman saya ini, ayah."kata sianak."Saya lihat hidup kita rupa-rupanya terlalu miskin jika dibandingkan dengan hidup mereka diperkampungan tersebut. Kita ada kolam renang yang terbatas, TETAPI mereka mempunyai sungai yang panjang dan jernih sekali airnya. Kita mempunyai lampu-lampu yang dibeli diluar negara untuk menerangi laman rumah kita, TETAPI mereka mempunyai bintang-bintang di langit untuk menerangkan taman mereka. Kita mempunyai barenda yang lebar sehingga ke laman depan TETAPI mereka mempunyai pandangan seluas-luasnya. Rumah kita dibina atas tanah yang sempit TETAPI mereka mempunyai tanah seluas mata memandang. Kita mempunyai orang gaji untuk melayan kehendak kita, TETAPI mereka melayan kehendak mereka sendiri. Kita senantiasa membeli makanan untuk dimakan, TETAPI mereka mempunyai makanan yang mereka tanam sendiri. Kita mempunyai dinding-dinding indah untuk melindungi kita, TETAPI mereka mempunyai rakan-rakan dan jiran tetangga untuk menjaga kehidupan mereka. Terima kasih ayah. Akhirnya saya mengetahui betapa miskinnya hidup kita ini jika dibandingkan dengan hidup mereka." kata sianak sehingga membuatkan ayahnya tidak dapat berkata apa-apa.


Kita sering terlupa apa yang kita miliki dan hanya mengeluh terhadap apa yang tidak kita miliki. Kadang-kadang kekurangan yang dimiliki seseorang merupakan anugerah bagi orang lain. Semua ini berdasar pada perspektif peribadi seseorang. Fikirkanlah. Bersyukur kepada ALLAH atas anugerah yang telah diberikanNya kepada kita

No comments: