Wednesday, July 8, 2009

SURAT BERANTAI..HUKUM DAN PENJELASAN.. (NEW UPDATE)

Ini adalah contoh Surat Berantai bertajuk : "Wasiat untuk semua umat Islam di seluruh dunia

daripada Sheikh Ahmad (Madinah)" yang pernah menakutkan kita sikit masa dahulu.

Bismillahirahamanirahim

Pada satu malam di kala hamba membaca al-quran di makam Rasulullah, selepas

membaca hamba letih lalu tertidur. Di dalam tidur hamba bermimpi di mana Rasulullah

mendatangi hamba lalu bersabda:

"Dalam 60,000 orang di dunia di zaman ini, tiada seorang pun yang matinya di dalam

keadaan beriman. Isteri-isteri tidak lagi mendengar kata-kata suami, ramai yang tidak

berzakat dan tidak lagi membuat kebajikan. Oleh itu Sheikh Ahmad hendaklah kamu

menyedarkan orang-orang ini supaya membuat kebajikan, kerana hari penghabisan

(kiamat) akan tiba, yang mana semua bintang-bintang akan terbit dari langit, sesudah itu

pintu (taubat) akan tertutup, tulisan di-dalam al-quran akan hilang dan matahari turun

dekat di atas kepala".

Pesanan hamba ini

Berselawatlah untuk jujungan kita Nabi Muhamaad s.a.w, bertaubatlah dengan segera

sementara pintu taubat masih terbuka. Sembayanglah jangan ditinggalkan, keluarkan

zakat, berpuasalah dan tunaikan haji jika mampu.

Perhatian

Setelah membaca wasiat ini, maka hendaklah ditulis atau dicetak dan disampaikan pada

orang lain atau dikirimkan sebanyak 20 keping. Sekiranya ini ada dilakukan anda akan

dianugerahi Allah sesuatu niat atau hajat. Dan niat atau hajat anda akan dikabulkan oleh

Allah. Kata Sheikh Ahmad lagi, jika apa yang hamba katakan tidak benar, biarlah hamba

mati dalam kekufuran dan biarlah tidak dapat perlindungan atau syaffaat daripada

Rasulullah s.a.w ( nauzubillah ) Oleh itu hendaklah dituliskan atau dicetak sebanyak 20

keping dan disampaikan kepada orang lain dalam masa dua (2) minggu dan beroleh

kebahagian dan kesejahteraan. Lakukanlah ini dengan niat kerana Allah dan ingat apabila

anda menerima surat ini, janganlah dibiarkan atau diabaikan.

Untuk maklumat

Seorang saudagar dari Bombay telah menerima wasiat dan beliau kemudiannya

mencetak 20 salinan dan mengirimkannya kepada orang lain. Ia kemudian

dianugerahkan Allah dengan mendapat keuntungan yang besar dalam

perniagaannya.

Tan Sri Ghazali bekas Menteri Besar secara tidak langsung telah dipecat

jawatannya, kerana apabila beliau menerima wasiat ini beliau telah terlupa menulis

20 salinan untuk diedarkan kepada orang lain tetapi beliau telah mula menyedari

kesilapan itu lalu beliau mencetak wasiat ini dan terus mengirimkan kepada orang

lain dan berapa hari kemudian beliau dilantik menjadi menteri kabinet.

Perdana Menteri Zulfiqar Ali telah menerima wasiat ini dan tidak percaya akan

kebenaran dan mengangap ianya palsu lalu dibuangkannya ke dalam bakul

sampah. Seminggu kemudian beliau telah dijatuhkan hukuman mati.

Di Terangganu seorang hamba Allah telah menerima wasiat ini melalui kawannya

dari Melaka. Malangnya beliau tidak mengindahkan surat wasiat ini dan

mengatakan ianya bohong belaka dan sengaja diadakan untuk menakutkan orang

yang membacanya Berapa minggu kemudian beliau mengidap penyakit yang ganjil

dan penyakitnya amat menyedihkan. Setelah hampir tiga minggu beliau dirawat di

hospital dan malangnya penyakitnya sukar diubati oleh doktor yang merawatnya.

Akhirnya baru beliau teringat akan surat wasiat yang masih dalam simpanannya

lalu beliau suruh sepupunya mencetak wasiat ini dan dibahagikan kepada orang

lain. Seminggu kemudian beliau berangsur pulih sehingga sekarang.

Banyak lagi contoh orang yang menerima wasiat ini dan tidak mempercayainya dan tidak

mengirimkan kepada orang lain dimana mereka mendapat berbagai malapetaka. Setelah

mengenangkan kejadian yang menggemberikan dan menyakitkan ini diharap anda jangan

lupa menyempurnakan 20 salinan dalam masa 90 jam dari masa anda membaca wasiat

ini.

Insya Allah anda akan memperolehi sesuatu yang dihajati dan akan menerima anugerah

dari Allah dan berdoalah kepada yang Maha Esa dengan penuh keyakinaan. Pasti ianya

akan menerangi hidup anda dengan nikmat ketenangan hidup.

Sekian wassalam......

Penjelasan Surat Berantai

Ini adalah penjelasan yang saya dapat menerusi kiriman email daripada seorang sahabat. Semoga

perkara ini menjadi pengiktibaran kepada kita dalam kehidupan seharian. Wallahu 'alam.

Soalan:

Saya telah terbaca satu surat (wasiat) dan amat terkejut dgn isi kandungannya. Ia dikatakan sebagai

satu wasiat daripada Sheikh Ahmad (pemegang anak kunci makam Rasullullah s.a.w) kepada semua

umat di seluruh dunia. Di akhir wasiat itu beliau berkata, "Di Bombay terdapat seorang yang telah

menyalin wasiat itu sebanyak 30 salinan dan dia telah dikurniakan Allah rezeki sebanyak 25000 rupiah.

Seorang lagi menyebarkan wasiat itu diberikan rezeki 6000 rupiah oleh Allah. Terdapat seorang yang

mendustakan wasiat ini, maka dia telah kematian anaknya pada hari itu juga. Dia berkata bahawa

sesiapa yang menerima wasiat ini dan tidak menyebarkannya akan ditimpa musibah yang besar.

Apakah pandangan tuan terhadap wasiat ini? Adakah ia benar atau dusta?.

Dr. Yusof Al-Qardawi menjawab:

Ramai orang tertanya-tanya tentang wasiat ini. Sebenarnya ia bukanlah perkara baru. Saya telah

melihatnya semenjak puluhan tahun dahulu. Wasiat ini dikaitkan dgn seorang lelaki bernama Sheikh

Ahmad, pemegang kunci makan Rasullulah s.a.w. Jika kita bertanya kepada penduduk Madinah atau

Hijaz tentang Sheikh Ahmad ini dan tugasnya, kita tidak akan dapat mengesannya atau mendengar

khabar berita mengenainya. Iannya tidak pernah dikenali dan tidak pernah dilihat oleh penduduk

Madinah. Tetapi terdapat orang yang menyebarkan apa yang dikatakan sebagai wasiat ke

negara-negara Islam.

Wasiat itu tidak mempunyai apa-apa nilai di sisi agama. Persoalan yang dikemukakan dalam surat itu

tidaklah berhajat kepada wasiat Sheikh Ahmad atau Sheikh Omar. Sesungguhnya Al-Quran dengan

jelas telah menyatakan sebahagian daripada itu. Kita sudah ada Al-Quran dan Sunnah, kedua-duanya

sudah lebih daripada mencukupi. Allah berfirman dalam Surah Al-Maidah:

"Hari ini Aku sempurnakan bagimu agama kamu (Islam) dan Aku sempurnakan ke

atasmu nikmat-Ku serta Aku reda Islam sebagai agama kamu"

Sesiapa yang menyangka bahawa agama Islam, setelah disempurnakan dan dilengkapkan oleh Allah,

masih lagi berhajat kepada wasiat orang yang tidak diketahui asal-usulnya, sesungguhnya telah timbul

keraguan dan syak di hatinya akan kesempurnaan dan kesyumulan Islam itu.

Terdapat tanda-tanda pembohongan dan kejahatan pada wasiat tersebut. Orang yang melakukannya

telah mengancam serta menakut-nakutkan orang ramai, iaitu sekiranya wasiat itu tidak disebarkan,

mereka akan ditimpa musibah, kematian anak-anak atau kehilangan harta benda. Inilah yang tidak

pernah diucapkan oleh manusia bahkan tidak ada dalam kitab Allah dan sunah Rasul-Nya.

Manusia tidak pernah menerima perintah seperti 'sesiapa yang membaca Al-Quran hendaklah disalin 25

salinan dan menyebarkannya. Jika tidak melakukan demikian, dia akan ditimpa musibah.' Maka

bagaimana pula dengan wasiat yang khurafat ini?. Perkara ini tentulah tidak dapat diterima oleh akal

muslim yang memahami Islam dengan kefahaman yang sebenar.

Wasiat tersebut menyatakan bahawa si fulan dari negeri tertentu yang menyebarkan wasiat itu telah

memperolehi puluhan ribu rupiah. Ini adalah usaha untuk menyeleweng dan menyesatkan orang-orang

Islam dari jalan yang sebenar. Juga menyelewengkan umat dari sunah alam dan konsep sebab dan

musabab yang telah dijadikan Allah sebagai undang-undang alam ini.

Memperolehi rezeki ada cara-caranya. Berpegang kepada. Perkara-perkara khurafat seumpama ini

menyelewengkan pemikiran umat Islam. Kita bimbang kalau-kalau umat Islam mempercayai khurafat ini

dan menyangka bahawa sesiapa yang menyebarkannya akan mendapat shafaat khusus daripada.

Rasulullah s.a.w. Sesungguhnya shafaat Rasulullah adalah untuk orang-orang yang tidak melakukan

dosa-dosa besar di kalangan umat-umatnya sebagaimana sabda baginda dlm sebuah hadis:

"Orang yang paling merasa bahagia dengan syafaatku di hari kiamat adalah orang yang

mengatakan "tiada tuhan yang lain daripada Allah" dengan penuh keikhlasan hatinya"

Kita memohon kepada Allah memberikan kefahaman yang benar tentang urusan agama, menunjukkan

jalan yang lurus serta dijauhkan daripada mempercayai khurafat, rekaan-rekaan dan kebatilan.

Wassalam

No comments: