Tiba lagi bulan Allah, bulan yang berkah, bulan haram yang sendirian.
Bulan berlakunya isra` dan mi'raj Junjungan Nabi SAW,bulan berubahnya qiblat muslim.
Pada bulan itu, terungkap pelbagai kisah kecintaan, nikmat berkasihan, rahmah perjuangan mengerjakan cinta.
Marilah kita mempertingkatkan amalan sholeh kita, amalan yang menjadi sebab bagi kita memperolehi rahmat Ilahi, amalan yang menjadi teman yang menyenangkan dalam kubur nanti, sebelum disenangkan dengan kesenangan abadi dalam syurga yang penuh kenikmatan.
Salam kembali Tiga bulan mulia yang namanya itu Rejab, Sya’ban dan Ramadhan
No comments:
Post a Comment