Monday, July 6, 2009

SURAT BERANTAI..PENTING UNTUK DIBACA..

SALAM..
kali ini ada benda yang aku nk kongsi sangat-sangat dengan semua orang sebab aku pun selalu dapat surat berantai ni..

SOALAN

Baru-baru ini saya ada menerima e-mail yang mengandungi surat

berantai. Di dalamnya menceritakan tentang wasiat seorang alim dari

Madinah. Di akhir surat tersebut di suruh sesiapa yang membacanya supaya

disampaikan kepada orang lain sebanyak 20 salinan dalam masa 2

minggu. Sekiranya dilakukan akan dikurniakan oleh Allah sesuatu

hajat atau niat. Dan apabila tidak dilakukan akan terjadi sesuatu

perkara yang buruk. Apakah hukumnya mempercayai surat ini?

Dahulu ia diedarkan dengan membuat salinan Photostat tetapi

kini ia diedarkan melalui internet. Mungkin pihak AnNur dapat

memberikan jawapan yang tepat kepada masalah ini supaya saya

dapat edarkan kepada rakan-rakan saya yang masih mengedarkan

risalah ini.

Jawapan

Setelah diamati, ada beberapa perkara yang boleh dikupas dari surat

itu. Pertama dari segi isi. Kebatilannya terbukti apabila surat

ini mendakwa Sheik Ahmad bertemu Rasululllah (s.a.w) dalam mimpi

dan memberi pesanan kepadanya. Seolah-olah belum selesai

tablighnya.

Kita ketahui bahawa dalam khutbah terakhir ketika haji wida',

Rasulullah s.a.w telah bersabda "Telah sempurna bagimu agamamu"

yang membawa maksud bahawa tiada lagi wahyu atau ugama yang akan

turun selepas itu. Mahu ikut yang mana? Surat ini kah atau AlQuran?

Kedua dari segi arahannya. Sekiranya kita percaya bahawa dengan

mengedar 20 keping surat ini akan membawa rezeki atau kebaikan

dan sebaliknya sekiranya tidak maka kita kan ditimpa bencana maka

secara tidak langsung, kita percaya bahawa ada lagi kuasa selain Allah SWT.

Ini akan menjadikan kita syirik. Na'uzubillah. Sheik Ahmad yang dikira

kuat iman ini pula sanggup mati dalam kufur. Seseorang yang berilmu, warak,

alim dalam soal agama tidak akan mempertaruhkan imannya untuk apa

sekalipun. Saya berpendapat surat ini adalah satu dakyah untuk

memesongkan aqidah umat Islam.

Mari kita kaji pula niat disebalik surat berantai ini. Ia mengandungi

isi yang menceritakan tentang Sheik Ahmad yang kononnya bertemu

Rasulullah s.a.w dalam mimpinya. Rasulullah kononnya memberi

satu statistik yang tujuannya menakutkan pembaca yang memang tiada

cara untuk membuktikan kesahihannya.

60,000 orang akan mati tanpa iman, apa maksudnya?

Adakah orang yang ke 60,001 akan beriman? Setelah itu diselitkan

nasihat supaya pembaca yakin bahawa surat ini berniat baik.

Kemudian datang ugutan. Sekiranya tidak diedar 20 salinan,

mendapat bala. Untuk meyakinkan pembaca, penulis rela kufur sekiranya

isi surat ini adalah palsu. Untuk menambahkan lagi keyakinan pembaca,

diturunkan pula beberapa contoh yang menjurus kepada perkara diatas.

Tentunya susah untuk menentukan kesahihan cerita tersebut. Cuma

setahu saya, Allahyarham Tan Sri Ghazali Jawi tidak dibuang

kerja tetapi meletak jawatan kerana mahu aktif dalam politik. Kalau

ada yang rapat dengan keluarga Allahyarham atau keluarga Datuk

Tajul Rosli, mungkin boleh sahkan hal ini. Tentunya muslim yang rapuh

imannya akan terpengaruh dengan dakyah sebegini.

Jika tak dihiraukan maka semacam ada keresahan dalam hati seolah-olah

menanti bencana yang dijanjikan. Maka dengan keresahan inilah

syaitan dapat menakluk hati kita. Dicekiknya tubuh kita sehingga sakit,

maka kita teringat akan surat wasiat tersebut, dan kita edarkan. Syaitan

akan melepaskan cekikannya ketika itu kerana dia telah berjaya

memesongkan aqidah kita.

Maka kita berjalan pula dimuka bumi Allah ini dan menceritakan

pengalaman kita tadi, dan ada pula hamba Allah memasukkannya

kedalam Internet. Kesimpulannya, janganlah percayakan surat tersebut

dan selagi ada umat yang percayakannya maka ianya tetap akan beredar

hingga bila-bila, kerana seingat saya, surat ini telah beredar sejak

saya disekolah rendah lagi dan mungkin bermula berpuluh-puluh tahun

sebelum itu. Dari Penerangan diatas jelaslah mempercayai surat wasiat

tersebut adalah haram.

Wallahu'allam.

Jika anda ingin tahu dari siapakah bermulanya surat berantai yang

kononnya dari Sheikh Ahmad yang bermimpi bertemu Rasulullah

didalam mimpinya, bacalah keterangan dibawah ini:-

Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan 1978

SURAT SHEIK AHMED PALSU, KHURAFAT DAN BOLEH MENJATUHKAN MURTAD

Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 mengesahkan surat ini ditulis

oleh paderi-paderi biara Blessings of St Antonio, Texas, USA

pada tahun 1974/75 untuk mengelirukan umat Islam. Penulis asal surat ini

ialah mendiang Father Francis Jose de Villa, seorang paderi Katolik

dari Argentina berketurunan Arab-Syria (bekas penganut Islam, nama

asalnya Mohamed Elias Skanbeg).

Dia pernah bertugas di Instituto Sacristo Convocione Reliogioso

di Brindisi, Itali sebagai mubaligh Katolik antara tahun

1966-1968 di bawah Cardinal Agostino Casaroli. Father de Villa

meninggal dunia pada tahun 1980 di Texas dalam usia 54 tahun.

Menurut Allahyarham Sayyed Mohamed Raisuddin Al-Hashimi

Al-Quraisy, penjaga makam Rasulullah SAW di Madinah antara tahun

1967-hingga 1979, tidak ada penjaga makam bernama Sheik Ahmad

antara tahun 1881 hingga 1979.

Penjaga makam di Madinah ialah: Sayyed Turki Abu Mohamed Abdul

Razaque Al-Hashimi Al-Quraisy (1881-meninggal dunia 1932),

anaknya Sayyed Hashim Abu Faisal Abdul Jalil Al-Hashimi Al-Quraisy

(1932-meninggal dunia 1934), adiknya Sayyed Abdul Karim Mutawwi

Al-Hashimi Al-Quraisy (1934-bersara 1966) dan anak saudaranya

Sayyed Mohamed Raisuddin bin Mohamed bin Abdul Razaque

Al-Hashimi Al-Quraisyi (1967-meninggal dunia 1979).

Bekas menteri besar Perak Allahyarham Tan Sri Mohamed Ghazali

Jawi bertaubat dan mengucap kalimah syahadat sekali lagi di

hadapan Kadi Daerah Kinta pada tahun 1976 setelah beliau mengaku pernah

menerima dan mengirim surat ini kepada dua puluh orang

kawannya.

Peristiwa ini berlaku tidak lama sebelum beliau meninggal

dunia. Bekas Kadi Daerah Kinta meminta beliau mengucap semula kerana

bimbang beliau telah gugur syahadah (murtad).

Allahyarham Datuk Shafawi Mufti Selangor mengisytiharkan bagi

pihak Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa barang siapa dengan sengaja

menyebarkan risalah ini adalah "melakukan syirik dan tidak mustahil jatuh

murtad melainkan dia bertaubat dan menarik balik perbuatannya itu

terhadap sesiapa yang telahpun dikirimkan risalah ini".

(Surat Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia Bil. 7/78/I).

Keputusan ini diiktiraf oleh Majlis Raja-raja Melayu dalam

mesyuaratnya di Pekan pada 16 Oktober 1978, dipengerusikan oleh

Almarhum Sultan Idris Shah, Perak. Menurut Majlis Fatwa

Kebangsaan 1978, menyebar surat ini "termasuk dalam menyekutukan

Allah S.W.T. dengan syirik yang amat besar (shirk-i-kubra) serta

mempermainkan Rasulullah S.A.W. serta menyebar dengan niat tidak baik

kekeliruan dan muslihat di kalangan umat Islam.".

Lagipun,"surat ini menggambarkan pembohongan yang amat besar

terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. serta ajaran

baginda kerana menggambarkan SHEIK AHMAD sebagai perawi hadith

sesudah kewafatan baginda".

Allahyarham Datuk Sheik-ul-Islam Mufti Kedah dalam Risalat

Al-Aman 1983/Bil 8, surat ini "paling kurang menimbulkan syirik kecil

dan murtad secara tidak sengaja terkeluar dari Islam, serta syirik

yang besar jika sengaja maka taubatnya tidak sah melainkan dibuat

dengan sesungguhnya. Adapun jika seseorang itu menyalin surat ini

kepada umat Islam lain, jatuhlah hukum ke atasnya mentablighkan perkara

syirik dan khurafat.

Sesungguhnya ulamak sependapat perbuatan itu sungguh besar

syiriknya dan boleh mengakibatkan murtad walaupun tanpa sadar

si-pengirim".

HENTIKAN MENGHANTAR EMAIL YANG BOLEH MENJADIKAN KITA SESAT TANPA

KITA SEDARI..INSAFLAH .SEMOGA ALLAH MENGAMPUNKAN DOSA KITA...

No comments: