Kisah Benar Untuk Dijadikan Ikhtibar
Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang
ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak
dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang doktor neurologi. Setelah memeluk Islam, dia
amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang
bertemakan "Perubatan Melalui Al-Qur'an". Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan
ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an.
Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black
seed) dan sebagainya. Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka
doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat
beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah. Padahal setiap inci
otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.
Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan
memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud
semasa mengerjakan sembahyang. Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa
sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut
mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam.
Begitulah keagungan ciptaan Allah. Jadi barang siapa yang tidak menunaikan sembahyang, akan
otaknya tidak akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal.Oleh
yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya'
kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.
Kesimpulannya:
Makhluk Allah yang bergelar manusia yang tidak bersembahyang, walau pun akal mereka berfungsi
dengan secara normal tetapi sebenarnya dalam sesuatu keadaan mereka akan kehilangan
pertimbangan dalam membuat keputusan yang normal. Justeru itu, tidak hairanlah jika manusia ini
kadang kala tidak segan silu untuk melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan fitrah
kejadiannya, walau pun akal mereka mengetahui bahawa perkara yang akan dilakukan itu adalah
bersalahan dengan kehendak mereka. Inilah adalah kesan daripada ketidakupayaan otak mereka
untuk mempertimbangkan akan perbuatan mereka itu secara lebih normal. Maka dengan itu tidak
hairanlah timbulnya bermacam-macam gejala-gejala sosial masyarakat masakini. Dari itu, marilah
kita bersama-sama mengambil ikhtibar daripada kisah di atas. Ambillah Islam secara menyeluruh
dan bukannya secara berdikit-dikit.
Dipetik daripada Arab News, 7 Januari /Februari 1987.
No comments:
Post a Comment