Wednesday, December 30, 2009

SELAMAT TAHUN BARU

Thursday, December 17, 2009

Lirik Lagu Wali Band – Kekasih Halal

Wali Band – Kekasih Halal


Aku telah lelah

Memilih memilah mencari wanita

Siapakah dirinya

Yang kan menjadi kekasih halalku


Tiba-tiba aku terpana

Ada kejutan tak terduga

*courtesy of FunLirik.Com

Dia gadis berkerudung merah

Hatiku tergoda tergugah

Tak cuma parasnya yang indah

Dia baik dia soleha


Dia gadis berkerudung merah

Bawalah diriku padanya

Takkan habis ku berdoa

Jadi kekasih halalnya


Jadikan diriku halal

Memeluk halal menciummu

Lekaslah jangan tunda

Untuk menjadi kekasih halalku


Itu itu dia gadis berkerudung merah

Hatiku tergoda tergugah

Tak cuma parasnya yang indah

Dia baik dia soleha


  • Share/Bookmark

Artikel Wali Band – Kekasih Halal ini dipersembahkan oleh Lirik Lagu Indonesia Gratis @ FunLirik.Com. Kunjungi Juga Download Mp3 Gratis untuk download lagu indonesia terbaru.

Selamat Menyambut Awal Muharam..

















ALL MY LOVELY FRIENDS



HAVE A GREAT WEEK

Blessings

Happy Awal Muharram 1431Hjr











(Al-Baqarah : 1-5)







(Al-Fatihah: 1-7)














































































































Wednesday, December 16, 2009

Menyesal

Menyesal

Dasyatnya gejala sosial

Dari Abu Dzar r.a, katanya Rasulullah SAW bersabda : "Apabila sudah dekat hari kiamat, mendidik anjing lebih baik bagi seseorang daripada mendidik anaknya. Ketika itu orang tua tidak dihormati, yang muda tidak disayangi. Ketika itu banyak penzinaan. Ada orang berzina di tengah jalan. mereka memakai kulit kambing dan memakai hati serigala. Aku umpamakan mereka sedemikian dari segi penipuan (mengelirikan orang)." (HR Tabrani dan Hakim)

Orang Mukmin Lebih Hina Dari haiwan

Dari Anas r.a katanya Rasulullah SAW bersabda: "Akan tiba masanya bagi manusia yang mana ketika itu orang mukmin lebih hina daripada kambingnya." (HR Ibnu Asakir)

Kaabah diruntuhkan

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: "Orang yang mempunyai dua betis kecil iaitu Zu Suwaiqatain dari Habsyah akan meruntuhkan Kaabah."

Lelaki berputus asa

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: "Kiamat tidak akan berlaku sehinggalah seorang lelaki datang ke kubur seorang lelaki lain dan berkata, Kalau boleh aku ingin berada di tempat mayat itu(mati)."

Monday, December 14, 2009

Maksiat Akhir Zaman

Dari Ali bin Talib, katanya Rasulullah SAW bersabda: "Apabila umatku telah melakukan lima belas macam maksiat, maka bala akan turun kepada mereka. Para sahabat bertanya: Apakah itu wahai Rasulullah? Rasulullah SAW menjawab:

" 1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
2. Zakat diajadikan hutang.
3. Seorang lelaki berbuat baik kepada temannya tetapi dia membiarkan ayahnya.
4. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
5. Seorang lelaki kepada isterinya tetapi derhaka kepada ibunya.
6. Suara-suara ditinggikan di dalam masjid.
7. Yang menjadi pemimpin suatu kaum adalah orang yang paling hina di antara mereka.
8. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
9. Khamar (arak) sudah diminum secara terang-terangan.
10. Kain sutera banyak dipakai (kaum lelaki).
11. Para biduanita (penyanyi) disanjung dan muzik banyak dimainkan.
12. Generasi akhir umat ini mengutuk (menyalahkan) generasi pertama (para sahabat). Maka ketika itu hendaklah mereka menunggu angin merah atau gempa bumi atau bentuk mereka akan ditukar (menjadi binatang)." (HR Tirmizi)

Harta Melimpah dan Wanita Ramai

Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a katanya: daripada Nabi s.a.w, bahawa baginda s.a.w telah bersabda: "Umat manusia akan didatangi suatu zaman di mana seorang lelaki berjalan kesana sini membawa sedekah emas tetapi tidak ada seorang pun yang ingin menerimanya. Dapat dilihat juga seorang lelaki yang di ikuti oleh empat puluh wanita yang berlindung di bawahnya kerana kaum lelaki berkurangan dan bilangan kaum wanita bertambah."

Fitnah Wanita

Diriwayatkan daripada Usamah bin Zaid r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda: "Tidak ada fitnah yang paling membahayakan kaum lelaki selepas zaman aku kecuali fitnah dari kaum wanita."

Riba di mana-mana

Dari Abu Hurairah r.a, katanya Rasulullah SAW bersabda: "Akan sampai masanya bagi manusia yang mana tidak seorang pun daripada mereka yang tidak ikut memakan riba.Kalau ada yang tidak ikut memakannya secara langsung, dia kan terkena debunya." (HR IBnu Majah)

Tiada Imam untuk solat jemaah

Dari Salamah binti Al-Hur, katanya Rasulullah SAW telah besabda: "Manusia akan sampai pada suatu zaman yang mana mereka berdiri satu saat (untuk mengerjakan solat) tetapi mereka tidak mendapatkan imam untuk solat bersama mereka" (HR Ibnu Majah)

Menunjuk-nunjuk ketika berdoa

Dari Sa'ad r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Kelak akan muncul suatu kaum yang mereka melampau (menunjuk-nunjuk) dalam berdoa." (HR Ahmad)

Islam Pada Nama, Masjid Megah, Ulama Jahat.

Dari Ali r.a katanya Rasulullah SAW telah bersabda: " Sudah hampir tiba suatu zaman yang mana ketika itu tidak ada lagi yang tinggal dalam Islam kecuali namanya sahaja, tidak ada yang tinggal dalam Quran kecuali tulisannya. Masjid-masjid mereka megah tetapi kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada dibawah langit. Dari merekalah keluar fitnah dan kepada mereka fitnah itu akan kembali." (HR Baihaqy)

Tidak Peduli Sumber Harta

Dari Abu Hurairah, katanya Rasulullah SAW bersabda: "Akan datang suatu zaman di mana seseorang tidak mempedulikan dari mana dia mendapatkan harta, apakah dari sumber halal atau sumber yang haram." (HR Nasa'i)

Haji Untuk Makan Angin..!

Dari Anas biin Malik, katanya Rasulullah SAW bersabda : "Di akhir zaman nanti ada empat golongan orang yang pergi mengerjakan haji. Pemimpin yang pergi haji untuk makan angin(melancong), orang kaya pergi haji untuk perniagaan, orang miskin pergi haji untuk meminta-minta dan qari(pembaca Al-Quran) pergi haji untuk kemegahan dan mencari nama."

Pilih ! Dianggap Lemah Atau Berbuat Jahat

dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda : "Akan datang masanya ke[ada umatku yang mana seseorang diberi pilihan antara diaggap sebagai lemah atau berbuat jahat. Sesiapa yang menjumpai zaman seperti itu hendaklah dia memilih yang lemah daripada berbuat jahat." (HR Al-Hakim)