Monday, December 14, 2009

Maksiat Akhir Zaman

Dari Ali bin Talib, katanya Rasulullah SAW bersabda: "Apabila umatku telah melakukan lima belas macam maksiat, maka bala akan turun kepada mereka. Para sahabat bertanya: Apakah itu wahai Rasulullah? Rasulullah SAW menjawab:

" 1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
2. Zakat diajadikan hutang.
3. Seorang lelaki berbuat baik kepada temannya tetapi dia membiarkan ayahnya.
4. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
5. Seorang lelaki kepada isterinya tetapi derhaka kepada ibunya.
6. Suara-suara ditinggikan di dalam masjid.
7. Yang menjadi pemimpin suatu kaum adalah orang yang paling hina di antara mereka.
8. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
9. Khamar (arak) sudah diminum secara terang-terangan.
10. Kain sutera banyak dipakai (kaum lelaki).
11. Para biduanita (penyanyi) disanjung dan muzik banyak dimainkan.
12. Generasi akhir umat ini mengutuk (menyalahkan) generasi pertama (para sahabat). Maka ketika itu hendaklah mereka menunggu angin merah atau gempa bumi atau bentuk mereka akan ditukar (menjadi binatang)." (HR Tirmizi)

No comments: