SI-SOPAK, SI-BOTAK DAN SI-BUTA
Israil. Ketiga-tiga mereka cacat; seorang botak, seorang sopak dan seorang lagi
buta.
Malaikat yang menyamar seperti manusia itu bertanya si-sopak "Jika Allah hendak
kurniakan sesuatu untuk kamu, apakah yang kamu mahu?" Si-sopak menjawab,
"Saya mahu kulit saya sembuh seperti biasa dan diberi kekayaan yang banyak."
Dengan takdir Allah, kulitnya kembali sembuh dan dikurniakan rezeki yang banyak.
Kemudian malaikat bertanya si-botak soalan yang sama. Si-botak menjawab, "Saya
mahu kepala saya berambut semula supaya kelihatan kacak dan diberikan harta
yang banyak." Tiba-tiba, dengan kurnia Allah si-botak itu kembali berambut dan
diberikan harta yang banyak.
Selepas itu malaikat bertanya si-buta pertanyaan yang sama. Si-buta menjawab,
"Saya hendak mata saya dicelikkan semula dan diberikan harta yang banyak."
Dengan takdir Allah, mata si-buta menjadi celik dan dikurniakan kekayaan yang
melimpah.
Selang beberapa bulan, Allah memerintahkan semula malaikat untuk berjumpa
dengan ketiga-tiga orang cacat itu. Kali ini malaikat menyamar sebagai peminta
sedekah. Dia berjumpa dengan orang pertama yang dulunya sopak dan meminta
sedikit wang. 'Si-sopak' itu tidak menghulurkan sebarang bantuan malah
mengherdik malaikat. Malaikat berkata, "Saya rasa saya kenal kamu. Dulu kamu
sopak..dan miskin. Allah telah menolong kamu." Si-sopak tidak mengaku. Dengan
kuasa Allah, si-sopak yang sombong itu bertukar menjadi sopak semula dan
bertukar menjadi miskin.
Kemudian malaikat berjumpa dengan si-botak yang telah menjadi kaya dan
berambut lebat. Apabila malaikat meminta bantuan, si-botak juga enggan
membantu, malahan dia tidak mengaku bahawa dia dulu botak. Oleh sebab
sombong dan tidak sedar diri, Allah menjadikan kepalanya botak semula dan
bertukar menjadi miskin.
Malaikat berjumpa dengan orang buta yang telah diberikan penglihatan. Apabila
malaikat meminta bantuan, si-buta memberikan keseluruhan hartanya dan berkata,
"Ini semua harta pemberiaan Allah. Ambillah kesemuanya. Mata saya yang kembali
celik ini adalah lebih berharga daripada kesemua harta ini." Malaikat tidak
mengambil pemberian itu. Dia memberitahu bahawa dia adalah malaikat yang pernah
datang dulu. Kedatangannya kali ini ialah untuk menguji siapa di antara mereka
bertiga yang bersyukur.
Si-buta yang bersyukur itu terus dapat menikmati kekayaan dan penglihatannya.
Manakala si-sopak dan si-botak kekal dengan keadaannya yang asal.
MORAL & IKTIBAR
Allah mengurniakan kesenangan dan keselesaan adalah sebagai ujian untuk
melihat siapakah di antara mereka yang bersyukur
Manusia yang bersyukur Allah akan tambah kurniaan sebaliknya manusia
yang kufur akan diazab oleh Allah
Manusia seringkali lupa daratan apabila diberikan kemewahan dan
kesenangan
Sangat sedikit hamba Allah yang bersyukur
Siapa yang tidak bersyukur kepada manusia, dia tidak akan bersyukur
kepada Allah
Allah memberi kurnia kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan menarik
nikmat daripada siapa sahaja yang dikehendakiNya
Sifat syukur adalah satu sifat yang terpuji, sebaliknya kufur (kufur nikmat)
adalah sifat yang dicela oleh Allah.
2 comments:
Siap ada moral dan pengajaran lagi. Macam belajar komponen sastera PMR SPM dulu. Bagus. Keep it up.
tq... sy tujukan semua nukilan dlm blog ni khas tuk diri sy sendiri dan semua org.. peace..
Post a Comment